Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

+603 5631 0110 | +6012 238 1222 | +6012 235 6295
hardy@rsdb.com.my

SIAPA KAMI

MENGENAI KAMI

ROYAL SAFE DEPOSIT BOXES

Peti simpanan selamat yang menawarkan jaminan keselamatan terbaik untuk barang-barang berharga anda

Misi

Di Royal Safe Deposit Boxes, kami menjadikan misi kami untuk membantu anda menjaga keselamatan barang kepunyaan anda yang paling bernilai dengan menawarkan Peti Simpanan Selamat yang terjamin keselamatannya dengan pengiktirafan pasaran bahawa kami adalah penyedia perkhidmatan Peti Simpanan Selamat yang terunggul dan bertaraf dunia.

Objektif

Objektif syarikat ini adalah untuk menawarkan Perkhidmatan Peti Simpanan Selamat Terbaik yang mempunyai tahap keselamatan yang terjamin kepada pelanggan-pelanggan kami.

Nilai-nilai Kami

Berani

Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap barangan berharga anda.

Dorongan Tinggi

Kami menyediakan fasiliti keselamatan yang kukuh dan menjanjikan yang terbaik untuk pelanggan kami

Keutamaan Pelanggan

Setiap keputusan pada akhirnya mesti menyumbang kepada ketenangan fikiran & kepuasan pelanggan kami.

Inovatif

Kami megenalpasti situasi untuk meningkatkan nilai dan terus mendahului yang lain.

Kami tidak terlibat dalam perniagaan estetika:

Kami terlibat dalam perniagaan menyediakan
Perkhidmatan Penyimpanan yang Selamat dan Terjamin

Bersedia berkhidmat 365 hari setahun, perkhidmatan RSDB mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pilihan yang lebih selamat dan lebih sesuai untuk pelanggan-pelanggan kami.

Siapa Kami?

Kami merupakan penyedia bebas kemudahan peti simpanan selamat yang menawarkan jaminan keselamatan terbaik untuk barang-barang berharga anda. Pada masa yang sama, segala-galanya diuruskan secara peribadi dan sulit. Royal Safe Deposit Boxes dimiliki sepenuhnya oleh HSJ Dhaliwal Sdn Bhd (670569-X) dengan alamat berdaftar dan alamat perniagaan seperti di bawah:

Ibu Pejabat

No 42A Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Cawangan

Cawangan kedua kami akan dibuka tidak lama lagi di Jalan Kebun Teh, Taman Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor.

RSDB bukan sahaja memiliki satu sistem bilik kebal yang canggih bahkan juga memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan-pelangan kami yang bijak dan peka. Dengan adanya ketiga-tiga ciri iaitu ciri Keselamatan, ciri Jaminan dan ciri Mudah Digunakan kami adalah syarikat Peti Simpanan Selamat pertama dan terulung di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan yang selamat dan terjamin. Royal Safe menetapkan standard yang dicontohi oleh syarikat-syarikat lain.

Pengasas Kami

Lt Kolonel Hardial Singh Dhaliwal @ Hardy ialah pengasas Royal Safe Deposit Boxes, penyedia perkhidmatan peti simpanan selamat pertama dan terulung di Malaysia.

Sebelum berkecimpung sepenuh masanya dalam Royal Safe Deposit Boxes, Leftenan Kolonel Hardial, yang dikenali mesra sebagai Hardy, berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama lebih daripada 37 tahun. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pegawai yang terlibat terutamanya dalam perancangan pentadbiran & logistik, pengurusan stor, perancangan peruntukan, perakaunan, belanjawan, penyimpanan dan pengurusan keselamatan senjata berisiko tinggi, bahan letupan dan peluru, dan fungsi-fungsi teknikal.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemerintah depot Logistik dan Peluru Angkatan Tentera terbesar di Sabah. Terdapat 180 staf yang berkhidmat di bawah pimpinan beliau. Beliau kemudiannya di lantik sebagai Penolong Pegawai Memerintah Depot Logistik Tentera terbesar di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan lebih daripada 1000 staf yang dipimpininya. Jelas beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam hal-hal keselamatan.

Lt Kol Hardial bertanggungjawab sepenuhnya dan terlibat secara langsung dalam perancangan dan penubuhan entiti ini yang merupakan yang pertama di Malaysia. Pengalaman perancangan dan pengurusan beliau yang luas memberi sumbangan yang tidak ternilai ke atas pengurusan Syarikat. Dalam menubuhkan Royal Safe Deposit Box, beliau telah menjalankan penyelidikan dan perundingan yang intensif bersama pakar-pakar dari syarikat-syarikat keselamatan yang terkemuka dan beberapa penyedia perkhidmatan peti simpanan selamat terkemuka di Australia, United Kingdom, India dan Singapura untuk memastikan agar syarikatnya menyediakan kemudahan yang melebihi piawaian Malaysia yang sedia ada. Apa yang telah kami capai akan meningkatkan penanda aras ke tahap yang lebih tinggi daripada apa yang dapat dilihat sebelum ini.

Hardy lulus dari Universiti London dengan ijazah kepujian dalam Undang-Undang dan merupakan peguam bela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau telah diterima sebagai peguam bela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2002. Beliau juga memiliki Diploma Pengurusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan latar belakang Tentera yang kukuh dan penglibatan secara langsung dalam pengurusan senjata, bom dan bahan letupan yang berisiko tinggi, pandangan dan idea-idea Leftenan Kolonel Hardial mengenai keselamatan dan perlindungan amat dihormati dan dipandang serius. Pengalaman, pengetahuan dan kepakaran peribadi beliau dalam lapangan keselamatan dan perlindungan sememangnya tidak dapat ditandingi.

Sila Kongsi!

Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Cuti Umum

HUBUNGI KAMI: +603 5631 0110 | +6012 235 6295

Royal Safe Deposit Boxes
No. 42A Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi 9.00 am – 11.00 pm
7 hari seminggu (termasuk cuti umum) Hubungi Kami:
+603 5631 0110 | +6012 235 6295
Emel Kami: info@rsdb.com.my

Hak Cipta © 2020 RSDB. Hakcipta Terpelihara.

Thank you.

We appreciate the trust & confidence you have in Royal Safe.

We have received your registration form. We will prepare the needful. You may drop in our office anytime between 9am to 11pm on any day to complete the registration process and make payment.

Please feel free to call us anytime at +60356310110 if you have any questions.

Royal Safe

We use cookies to improve your experience, understand your usage and to personalize advertising as well as your experience based on your interests. We also use third-party cookies. By clicking “Accept Cookies”, you consent to the use of these cookies. If you are under 16 years old, please decline all cookies. For more information see our Cookie Policy