+603 5631 0110 | +6012 238 1222 | +6012 235 6295
hardy@rsdb.com.my

Kenapa anda berada di sini?

Jelas sekali kerana anda merasakan anda memerlukan peti simpanan selamat (PSS) atau anda merasakan bahawa menyimpan barang berharga atau dokumen penting di rumah atau di pejabat adalah tidak selamat. Yang penting sekali, anda berasa khuatir. Anda terdedah kepada pelbagai jenis merbahaya. Intuisi anda memberitahu anda bahawa anda memerlukan sebuah peti simpanan selamat untuk melindungi masa lalu, masa kini dan masa depan anda. Maklumat Lanjut
Anda tahu trend kecurian pecah masuk telah meningkat dengan mendadak dan kecurian seumpama ini akan terus berlaku. Rumah dan peti simpanan pejabat hanya memberikan perlindungan yang terhad, terutamanya dalam keadaan di mana pemilik-pemilik dipaksa membuka peti keselamatan di bawah ancaman keganasan fizikal. Kemudahan Peti Simpanan Selamat (PSS) merupakan cara yang mudah untuk mengelakkan risiko dan kos untuk menyimpan barang berharga di rumah.

​Royal Safe – Ditubuhkan sejak 2008

Kami menyediakan peti dalam pelbagai pilihan untuk penyimpanan barang-barang kemas, dokumen-dokumen sulit, pusaka turun-temurun keluarga, wang (mata wang & wang kertas), bulion dan lebih-lebih lagi, barangan yang tidak dapat digantikan. Kami mempunyai 8 saiz peti yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.

Keselamatan

Bilik kebal penyimpanan canggih yang khas direka bentuk dan dibina kami adalah antara yang paling selamat di negara ini. Kami menggunakan teknologi imbasan cap jari biometrik untuk memastikan akses yang cepat dan sangat selamat. Pengawasan CCTV 24/7. Sebuah Sistem Pemantauan Pusat 24/7 (SPP) yang disambungkan dengan sebuah agensi pengawasan keselamatan bebas yang dihubungkan secara langsung ke Balai Polis tempatan dapat memberi ketenangan fikiran sepenuhnya kepada anda.

Maklumat Lanjut
  • PRIVASI – Royal Safe tidak meminta, mengguna atau memberi data peribadi atau maklumat perseorangan anda kepada sesiapa selain maklumat yang diperlukan untuk memastikan anda mempunyai hak untuk mengakses peti- simpanan selamat anda.

  • Kerahsiaan, Privasi & Keselamatan Mutlak Dijamin. Anda dan hanya anda sahaja mempunyai akses kepada peti simpanan selamat anda.

  • Pembinaan Sistem Bilik Kebal bercirikan:

  • Penggunaan Konkrit Bertetulang, BRCs & Keluli pada semua 6 sisi, termasuk lantai & siling*.

  • Dinding 14″ sekeliling, Lantai 24″dengan Siling 12″ (Kalis Bom).*

  • Tembok Bunker Tambahan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan grenad (Bom) dilemparkan masuk.

  • Kaca kalis peluru untuk keselamatan staf (5.56mm berkaliber iaitu M16).

  • Sistem Pertahanan Api Ejen Kering Bersih yang Bebas.

  • 5 Pintu yang menggunakan kunci salingan, elektronik dan dikawal secara manual sebelum seseorang dapat mengakses PSSnya.

  • Dwi-kunci/ Sistem Dwi-kunci – Memerlukan kunci dimasukkan serentak oleh penyewa & pekerja RSDB untuk mengakses PSS.

  • Demi Keselamatan & Perlindungan, pintu pejabat kami hanya 10 kaki jauhnya dari Tempat Letak Kereta.

  • *Banyak pusat membuat kenyataan palsu mempunyai konkrit bertetulang, keluli, bar yang telah diperkukuh & dinding-dinding BRC.

    Insurans

    Kami menawarkan insurans komprehensif kerosakan, kebakaran atau kerugian untuk kandungan peti anda. Setiap peti dilengkapi dengan perlindungan liabiliti percuma standard sebanyak RM50,000 *. Tambah nilai insurans atas setiap peti sehingga RM5,000,000 disediakan (setiap peti boleh ditambah nilai sehingga RM5,000,000). Kami adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan peti simpanan selamat di negara yang menawarkan perlindungan setinggi ini. Inilah testimoni kekuatan dan kredibiliti kami.

    Maklumat Lanjut

    Perlindungan insurans berkuat kuasa sebaik sahaja anda mendaftar untuk peti simpanan selamat.

    *Untuk perlindungan melebihi RM50,000 sehingga RM5,000,000.00, sila hubungi seorang staf kami di sales@rsdb.com.my atau pengurus kami Miss Soon di talian +6012 235 6295

    Perlindungan liabiliti Royal Safe Deposit Box ditaja jamin oleh The Progressive Insurance Berhad melalui rakan kongsi kami State Insurance Brokers. State Insurance Brokers ialah broker insurans yang berkelayakan yang mempunyai pengetahuan tentang industri dan jangkauan pasaran yang luas. Untuk butiran lanjut, sila rujuk bukti dua muka surat dokumen insurans yang disediakan oleh broker insurans kami dan terma serta syarat kami. Ini meliputi semua barangan berharga anda termasuk Barang Kemas, Jam-jam tangan, Dokumen-dokumen, Mata Wang & Syiling, Jongkong Emas, Antik dan juga Logam-logam Berharga.

    KENAPA ROYAL SAFE DEPOSIT BOXES?

    Peneraju Peti Simpanan Selamat Di Malaysia

    Royal Safe Deposit Boxes (RSDB) terletak secara strategik di kawasan pusat Cosmopolitan Bandar Sunway, satu lokasi mewah dan eksklusif di Petaling Jaya. RSDB ialah pembekal pertama perkhidmatan peti simpanan selamat seumpama ini di Malaysia. Bilik kebal kami mempunyai beribu-ribu peti dalam 8 saiz yang berbeza: dari lima inci lebar dan tiga inci tinggi hingga enam belas inci lebar dan enam belas inci tinggi. Kami menyediakan peti yang terjamin keselamatannya untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan kami.

    APA YANG DIHARAPKAN

    Barangan Berharga Anda Adalah Keutamaan Kami

    Keselamatan

    Perlindungan sepenuhnya daripada Pengawal Keselamatan Bersenjata dan Statik yang terlatih di tempat kerja, Akses Biometrik - Imbasan Jari melalui akses utama dan sebelum masuk ke bilik kebal.

  • Perlindungan sepenuhnya daripada Pengawal Keselamatan Bersenjata dan Statik yang terlatih di tempat kerja
  • Akses Biometrik - Imbasan Jari melalui akses utama dan sebelum masuk ke bilik kebal
  • Identifikasi Foto
  • Pengesahan Tandatangan
  • CCTV
  • Pengesan Bunyi dan Cahaya
  • Pengesan Pergerakan
  • Alat pengesan di dinding
  • Sistem Penggera Terselindung
  • Spotlight depan dan belakang
  • Siren Luar c/w Lampu Strob
  • Siren Dalaman
  • Sensor Getaran
  • Butang cemas, CMS & 24 Jam Paparan Jauh Global dari Komputer Riba dan Telefon Bimbit
  • Penyimpanan yang Selamat

    Pusat kami dibina khas untuk menentang sebarang ancaman kebakaran, banjir dan segala bentuk serangan jenayah moden.

    Pengawasan elektronik dan sistem penggera dipantau oleh staf keselamatan terlatih kami yang memberi perlindungan rapat 24 jam sehari, sementara barang berharga anda disimpan di dalam bilik kebal kami yang dibina dengan keluli dan konkrit bertetulang yang amat selamat.

    Insurans - Antara aspek yang paling penting dalam fasiliti peti simpanan selamat

    Perlindungan insurans percuma sebanyak RM50,000.00 untuk setiap peti disediakan sebagai pakej.

    Sekiranya anda memerlukan perlindungan insuran tambahan, kami akan mengaturkannya serta-merta dengan hanya sedikit kos tambahan. Ia akan memastikan penjimatan maksimum, keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran.

    Kerahsiaan/Sulit

    Kerahsiaan adalah sentiasa dijamin dan anda boleh meyakini bahawa maklumat peribadi anda serta pemilik bersama adalah terpelihara daripada sebarang kebocoran.

    Anda tidak dituntut untuk mendedahkan isi kandungan peti simpanan anda kepada sesiapa pun dan pemeriksaan barang simpanan boleh dibuat secara tertutup di bilik pemeriksaan kami yang boleh dikunci. Dengan itu, privasi anda dijaga sepenuhnya.

    Mudah dan Senang

    Tidak seperti bank, perkhidmatan kami disediakan sepenuhnya untuk penyimpanan yang selamat bagi individu. Kami tahu sering kali anda memerlukan akses pada notis yang sangat singkat, jadi kami buka bukan sahaja selepas waktu perniagaan dan jam perbankan, tetapi 7 hari seminggu, 365 hari setahun.

    Akses peti adalah percuma dan tidak terhad tanpa perlunya beratur, menunggu atau kekecohan lain, dan yang paling penting, privasi anda dijaga sepenuhnya.

    Menyewa adalah Mudah

    Menyewa Peti Simpanan Selamat tidak pernah semudah ini. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa mengunjungi pusat kami untuk mengisi borang maklumat peribadi yang mudah pada sebarang masa dalam tempoh waktu urus niaga kami.

    Anda tidak perlu membuat temu janji. Kakitangan kami sentiasa bersedia membincangkan keperluan anda dalam suasana yang sulit.

    Sila Kongsi!

    Share on facebook
    Share on twitter
    Share on linkedin
    Share on whatsapp
    Share on email
    Share on print

    Kami Dibuka 7 Hari Seminggu Termasuk Semua Cuti Umum

    HUBUNGI KAMI: +603 5631 0110 | +6012 235 6295

    Royal Safe Deposit Boxes
    No. 42A Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

    Waktu Operasi 9.00 am – 11.00 pm 7 hari seminggu (termasuk cuti umum) Hubungi Kami:
    +603 5631 0110 | +6012 235 6295
    Emel Kami: info@rsdb.com.my

    Hak Cipta © 2020 RSDB. Hakcipta Terpelihara.

    Thank you.

    We appreciate the trust & confidence you have in Royal Safe.

    We have received your registration form. We will prepare the needful. You may drop in our office anytime between 9am to 11pm on any day to complete the registration process and make payment.

    Please feel free to call us anytime at +60356310110 if you have any questions.

    Royal Safe

    We use cookies to improve your experience, understand your usage and to personalize advertising as well as your experience based on your interests. We also use third-party cookies. By clicking “Accept Cookies”, you consent to the use of these cookies. If you are under 16 years old, please decline all cookies. For more information see our Cookie Policy